Monday, March 22, 2010

Kenapa???

Dalam hidup seharian...kita seharusnya bersedia dengan segala kemungkinan. jadi Jangan sampai pabila kita menjadi salah seorang pelakonnya, kita tidak mampu menghayati watak yang diberikan.  Alangkah malang seandainya kita langsung tidak berupaya melafazkan setiap dialog yang sepatutnya kita pertuturkan.

Bukankah setiap detik kita telah diberi peringatan sama ada dalam bentuk arahan mahupun amalan.  Segala perlakuan kita menjurus ke arah bakal terjadinya segala kemungkinan itu..Namun, sejauh mana kita bersedia dengan segala kemungkinan itu????

Kenapa, setiap kali kita ditimpa musibah, ketika itu jua kita kerap menyalahkan takdir dan mencari kesilapan diri mahupun khalayak..sedangkan kita dilatih dan dididik bahawa segala kemugkinan akan dan pasti berlaku dalam kitaran hidup seseorang.

Kadang-kadang menjadi seseorang yang pernah merempuh ranjau berliku dan berduri dalam hidup dilihat lebih senang menerima segala kemungkinan itu..Tetapi masih wujud persoalan, setakat mana dia mampu menanggung segala musibah tersebut???

Mengapa setiap kali kita ditimpa segala petaka, kita merasakan bahawa segala hayat hidup telah berakhir.  Apakah kita sebenarnya tahu bahawa setiap kemungkinan yang pedih itu merupakan sebahagian daripada rezeki hidup kita sebenarnya!

Apakah kita benar-benar tahu, di sebalik keperitan dan kepedihan yang kita tanggung selama memikul bebanan sengsara, Tuhan sedang melihat terhadap setiap tingkah bicara kita.  Tuhan juga sedang memberi segala hikmahnya dalam masa yang sama..namun, ianya kita tutupi dengan keluhan bahawa kita manusia malang!

Kenapa kita tidak memberi sedikit ruang dalam kesengsaraan yang kita tanggung, untuk kita lihat segala kebahagiaan..salahkah untuk kita merasa bahagia dalam kemelut kesengsaraan itu? Kerana, sekiranya kita mampu mengecapi kebahagiaan, segala keperitan dan kepedihan akan hilang sedikit demi sedikit.

Dalam sebuah perjalanan hidup, kesusahan, kepahitan, kesengsaraan dan apa juga musibah akan kita kecapi.  Kerana sebenarnya Tuhan benar-benar menyayangi makhluknya.  Hatta, haiwan juga Tuhan lontarkan kesakitan untuk membuktikan kepada kita bahawa setiap makhluk ciptaanNya akan merasa pahit dan manis sepanjang perjalanan menuju alam akhirat.

Walaupun begitu, memanglah sukar yang teramat untuk kita menerima hakikat bahawa kita dalam perhatian Allah.  Kita memupuk minda dengan membisikkan bahawa kita tidak disayangiNya.  Sebenarnya, jalan terbaik untuk kita mengerti tentang segala sengsara itu adalah dengan mendekatiNya semula.  Kemungkinan, satu ketika tanpa kita sedar sebenarnya haluan hidup telah tersasar dari landasannya.  Untuk mengembalikan kita kepada landasan sebenarnya, Tuhan mencampakkan sedikit dan sekelumit cuma dari segala musibah yang sepatutnya diberikan kepada ummatNya.

Kenapa kita begitu takut dengan sakit?  Sedangkan kesakitan itu jalan mudah untuk kita mendampingi Dia.  Sedangkan kesakitan itu mampu memberi kesedaran bahawa kita tidak menghargai diri sendiri.  Kita tidak menyayangi diri sendiri.  Kita tidak melayan diri sendiri..Kita sebenarnya mengabaikan segala urat saraf, segala tulang temulang, segala otot-otot, segala rerambut dan segala yang saling melengkapi kita sebagai satu jasad manusia...

Catatan pengalaman seorang yang pernah sakit dan sedang dalam kesakitan.....

Thursday, February 11, 2010

Hilang tapi...tak lupa

Hi...lama jugak tidak merapu di ruang yang hanya jemari saja yang berketip-ketip.  mulut? sesekali tersengih kontang bak kerang yang dah mati kehausan?...Bukan tidak ada idea tapi...sejak akhir2 ni jejari sengal-sengal, lenguh-lenguh bila menekan punat keyboad.  mata?..bukan dia tak sudi berkongsi ruang depan komputer but..kelopaknya berkata-kata "tido la..besok kojo"..maka terjadilah baru ari ini boleh mengetuk keyboad...  Ni pun mana ada komitmen dari segenap anggota..semuanye dah melonglaikan skru menandakan masa tuk beradu...

Apa pun..sebelum terlupa, salam takzim buat pelajar ku..najwa amsi asmidar mohd hazam & ahmad muhazran mohd hazam (ketua penolong pengarah jabatan siasatan jenayah komersial bukit aman) yang kembali ke rahmatullah pada khamis (4 Feb 2010) lepas kerana kemalangan jalan raya di persimpangan bukit tagar..

Walaupun baru dua minggu mengecapi saat-saat indah bergelar datuk..Datuk Mohd Hazam akhirnya kembali jua ke pangkuan yang lebih menyanyanginya...Allah.  Itulah ketentuan yang telah Dia noktahkan.

Buat semua ahli Salie's Student (http://www.facebook.com/group.php?gid=249306414602#!/group.php?gid=249306414602)...selamat menyambut cuti panjang (sekolah cuti seminggu...ada la jugak yang x ambik cuti panjang ni)..sorry kepada yang request tuk beraya kat umah i...i balik kampung.  Insyaallah, ada masa dan ketika, kita akan ketemu juga nanti...mudah-mudahan kita semua masih diberi nafas!

k...adios guyz...

Sunday, January 17, 2010

Pencarian Yang Berhasil...

Lama dok menung memikir apa yang nak dimulakan dengan taun baru 2010...Macam2 perkara yang dicanang dalam kepala..satu pun tak melekat kat jiwa..pakai gam minyak kot.

So..sambil membelek-belek tenet..kot ada tang mana yang sangkut..tergeledah la pulah umah lama yang dah besawang ditinggalkan.  kesian umah kos rendah ku itu..lalu, sapu punya sapu punya sapu...jeng..jeng..jeng...rupa-rupanya banyak barang berharga yang selam ini tak penah pun tepikir tuk digunakan..lembap lembab betul akal makcik ni...almaklum le..

Why not...bila peluang dah terbontang di depan idung go ahead je le..apa lagi.  Maka wujudlah sebuah kumpulan sosial yang menghimpun dan menkoleksikan semua setuden2 ku dari 1998 hingg kini.  huh! tak sangka ye..ramai jugak aanak murid i ni...ada yang angkatan keluarga lebih ramai dari i tapi tak pa..tu kan rezeki Allah.

Bila  satu ketika dolu, ku kenali mereka dengan ingus di bibir, dengan bau berkepam, dengan segala haring aroma terutama lepas rehat n lepas PJ....hu...hu...hu...tengit idung menahan bau-bauan dari mu anak murid ku..ketahuilah hakikatnye...

Namun sekarang, bila dijejak semula mereka semua, wah......yang pompuannye dah comel-comel,montel2, kiut2....yang lelakinye...apa lagi..macho n brutal abih.  Kot dapat ku putar masa...depa ni yang dinguratkan sekarang....(walau dolu hamis).

Terhibur hati bila melihat kejayaan yang dikecapi sesetengah dari mereka..tak kurang jua yang tersungkur di pertengahan alunan hidup..namun..masa masih ada untuk berubah...tiada istilah terlambat..tanyalah diri..itu je..So...tahniah buat yang telah berjaya, sabar untuk yang terhenti seketika perjalanan mereka, berusaha kepada yang masih menyekang mata menghafal membaca...

Thank u my dearest student...u all createkn this group http://www.facebook.com/home.php?#/group.php?gid=249306414602&ref=mf tuk i..i love u all so much.

Adios..

Wednesday, January 13, 2010

Aduhai 2010....

Hi..Hola...Jumpa lagi di tahun baru yang segalanya masih di takuk lama..Bukan merendahkan martabat diri..tapi, itulah hakikat sebuah perjalanan hidup.  Hari-hari yang dilalui sebenarnya kesinambungan ceritera lama yang tak pernah habis dirungkai dan dilerai.  Hu..hu..hu... sadis betul ayat pengenalan di tahun nan baru.

Diam tak diam, ingat tak ingat...segala peristiwa dan pengalaman dicantum, dikumpul, dihimpun, diadun menjadi kehidupan semakin dewasa dan pemikiran bercambah seusai usia.  Usah dipertikai apa yang pernah kita rempuh, apa yang pernah kita hirup, apa yang pernah kita rasa, apa yang pernah kita lihat..kerana itulah rempah ratus kehidupan yang menjadikan kita seorang insan yang mempunyai keyakinan untuk meniti kehidupan yang mendatang.

Esok atau lusa, kita belum tahu apa yang bakal menimpa...kalau ajal menerkam...itu telah ditakdirkan dan putuslah hakikat sebuah kehidupan di alam fana Tuhan.  Namun, yang menjadi persoalan...adakah kita kan terus disemadikan sebelum kita merasa segala keperitan, kesempitan, kesusahan dan kepayahan yang menjadi tunjang kitaran nyawa seorang insan?

Sesekali..kita harus merenung ke dalam diri..cantikkah aku hingga esok hari? Sihatkah aku hingga pagi nanti? Selamatkah aku hingga dinihari? atau sekejap lagi tuhan akan menganugerahkan aku sebuah ujian getir yang belum tentu aku mampu menanggungnya...

Itulah hakikat sebuah pengalaman...dalam ketawa kita tidak mampu mengekang esakan tangisan, dalam bahagia kita tidak fasih mentafsir bahasa luka, dalam kesenangan kita tidak arif meluahkan rasa susah....dan itulah yang bakal kita terima.  Sesiapa dan di mana jua...

Namun, segala hakikat perit yang bakal mendatang...terimalah dengan sebuah senyuman.  kerana Tuhan tahu siapa insan disisiNya. Kerana Tuhan tahu siapa insan disayangiNya.  Pujuklah hati...Tuhan tidak akan memberi musibah kerana kesilapan diri tetapi Tuhan memberi rezeki untuk kita memperbaiki diri. Anugerah bukan hanya diwarnai kemanisan, anugerah juga dirasai kepahitan..malah pahit akan bertambah manis dan harum bila kita mampu menginsafi bahawa kita sebenarnya insan pilihan Tuhan.

Tidak akan Dia anugerahkan musibah melainkan untuk Dia anugerahkan kesempurnaan...namun...persoalannya...mampukah kita menjadi insan yang tabah dan penyabar dengan segala rasa pahit, perit dan maung hidup ini?Huh!...sesekali malah berkali-kali terlintas sebenarnya dibenak hati...kenapa aku? Tuhan tidak pernah adil?...Itulah godaan yang menipiskan hakikat keimanan...

Janganlah kita rengekkan segala kesakitan, janganlah kita bebelkan segala kepayahan, janganlah kita rungut segala rintangan kerana dengan kesabaran dan kesyukuran...segalanya akan hilang...hilang...hilang...dan hilang.

Berilah ruang kepada diri sendiri untuk merasa keindahan alam, untuk mengecap kelazatan hidup, untuk menghirup kenikmatan nyawa...kerana dengan penghargaan kepada diri dan penghormatan kepada diri sebenarnya penawar mujarab untuk segala musibah.  Hormatilah diri kita selagi kita mampu menghormatinya...berilah ruang untuk diri kita merasai segalanya yang Tuhan anugerahkan kerana setiap sudut seorang insan itu terlalu istimewa.  Jagalah diri kerana diri kita akan menjaga emosi...emosi akan menjaga keseluruhan hidup kita...

Salam buat mereka yang menatap teristimewa buat mereka yang sedang dilanda musibah....sakit bukan untuk dirasai tetapi untuk dihargai kerana insan lain tidak akan merasa apa yang kita rasa...hiasi diri dengan kalimah suci kerana ianya mampu mententeramkan hati..
Bye ......Adios!