Thursday, August 27, 2009

My Spondy Diary...part 2


Lama nak mengetuk keyboard laptop ni.Bukan apa bila ku onkan je..ku main game..Lepas 2..penat la. But i kena habiskan jugak diary nie..Bukannye best pun..tapi penuh seribu makna dan cerita buat sesiapa yang senasib..chewah...jiwang karat gue!


01 September 2006

Akur dengan Kesakitan..pagi2 lagi muka ku dah menepek di klinik kesihatan Rasah. Waaah...ramainya orang..bila aku nak balik nie..senja la kot. Segalanya huby ku yang uruskan. Kalau dah sakit duduk la atas wheel chair..Hah!!!!oh no..no..no..i ok..looked still boleh berjalan what!
Dalam jam 11 pagi..baru la giliran ku mengadap doktor..seorang perempuan (x perlu ku mentioned abot race n name). Apa sakit? Macam mana boleh sakit? Ada jatuh ke lately ni? Tunjuk kat mana sakit? ok..X-Ray dulu ye..
Pegilah daku meng'X-Ray'kan diri ini...ish..orang nak x-ray x dak..depa kata budak ni baru posting ari ni..ah! pedulik apa den..

So..masuk semula ke bilik nan besy 2..macam tempat jual2...Doc pun nengok my x-ray...Why this x-ray is blurrrr...La mana la ku tau..Ni diagnosed that doc...ok..i dah tengok u py x-ray tu. Dia blur sikit..so..u punya tulang ok..normal..x da apa yang rosak..so i suggest u ke fisioterapi nx monday..ok..i give u mc 2day n tomorow..tomorow no need, i x keje..(i mencelah) ok..2day only lah..so..u balik take a rest yea..
Balik la apa lagi..Sakit dah melampau ni...mcm2 rasa nak terkencing pun ada...nak ter**** pun ada. Makin lama makin sakit.

Dalam car...my huby nagged at me..mana boleh tulang u normal..mesti ada something yang tak kena dengan your BB. Mana la makcik tau..Mkcik nie ckgu..bukan doc..awat la abang x dok kat kusi doc 2 tadi n diagnosed me?

Sampai umah..kami yang buta x-ray ni pun membukak x-ray tadi dengan terujanya. hah! tengok ni..kat bawah ni..tulang u renggang sikit..Mana? x nampak pun..Nie...sampai sudah i x reti baca x-ray..
04 September 2006

Dah kata normal..pegi sekolah la..sendiri drebar coz my huby kejenya nak anto my son..Petangnya ke klinik Rasah jumpa therapist..Dia nengok my x-ray..dia suruh i bukak baju (dia 2 pompuan) n check my BB..Apa doc cakap? ...i x sakt apa2..tulang belakang i normal..Sebenernya tulang belakang u nie bengkok sikit. Mayb sejak dari kecik..tapi i x berapa normal..la pulak...Ok la kita guna conservative treatment la yea..try first..Ok..
Coz most of the people wity spondy will find improvement in their back pain with conservative care 2 removing stress and pain from the spine. masanya dalam 30 minutes..Sempat la jugak tido..

11 September 2006


Lagi muka ku tertonggok kat klinik fisio..hah ari ni therapist 2 bagi satu treatment baru..trunk & abdominal strengthening..ok..x sakit pun...so..balik le ..dengan tiada apa2 kesan..Sakit makin teruk..bejalan agak laju sikit dari siput sedut.

12 September 2009

Hari ni kelas ku ada 2 je. So..dapat lah ku baring (i ni bekas penyelaras pss). Adussss...awat la teramat la sakitnya kaki ku, punggung ku. Baring pun masih sakit..Ya Allah...ku habiskan 1 kelas..ada lagi 1 kelas..Dalam pada itu..i dah mula menggigil..sebijik macam mat gian..berpeluh2 dan sejuk..Perut teramat lah bisanya..(bila kita terlampau sakit..perut akan memulas mcm kena cirit birit) Ini tahap kesakitan yang mlampau yea! Nak balik? Mcm mana..sapa nak antar..nak drive pon x boleh..

So..bertahan sampai jam 3 petang dengan satu azab sakit yang sukar untuk digambarkan.. Aku memandu dan apa lagi terus ke tempat keje huby..bang jom la g spital..dah sakit sangat ni..Dia begitu terkejut..mau x nya..bininya x penah nangis..hari ni mengongoi-ngongoi mcm budak..Esok la..ni dah petang spital dah tutup.

Balik..rest in bed.

13 September 2006

Pagi ni..muka ku jugak tertonggok di klinik rasah. Bawak sama x-ray. Tunggu punya tunggu..jumpa sorang doc..perempuan jugak. Soalan mcm biasa la yang ditanya.ku pun jawab la mcm biasa jugak. Dia membukak x-ray..eh...ini mcm ada something wrong je kat your BB. Ni mcm slipped disc..Ala..pulak..Ok..i buat surat segera ke klinik pakar HTJ.


Pegi lah kami ke klinik orthopaedic..Kita kat sini kena buat appointment dulu..Kita x terima surat segera dari mana2 pihak..ok lah..temujanji first ialah sebulan lagi..jam tu jugak my huby berasap..di marahnya kerani klinik 2..orang 2 pun called la ke klinik Rasah tuk kepastian..so bermula lah episode baru di klinik otopedik HTJ...tanggal 20 September 2006...cuti sakit pun bermula..apa nak buat jadi orang kaya maaaa...tido makan..makan tido...


Adios!

Tuesday, August 25, 2009

DeCoTaGe aka DeCoUpAgE CoTtAgE

Salam ramadhan dan salam sejahtera. Inilah berita terkini di bulan posa aka cuti sekolah. Bestnya cuti sekolah ni..bangun pagi melilau cari apa yang patut dilakukan. Tak ada. Apa lagi bersama my asus la menerjah umah jejiran siber nengok apa depa buat..cooking ke di pagi hari posa r menepek-nepek ke di cuti sekolah nie.

Bila berjalan-jalan di laman kengkawan terasa keterujaan yang tahap gaban tuk melakukan sesuatu yang bermanfaat tapi..bila la langsir ku nak siap? Ku pegang ku letak..nanti la. seru belum sampai..on the way..naik tongkang.

Kepada kengkawan di laman siber yang pakar dalam memasak dan pakar dalam menepek, thanks kenkawan sebab sudi menyediakan ilmu yang terlalu mahal untuk dibeli di pasaraya. walaupun kita idak kenal tapi u all my pren.

So..buat eberybodi yang nak meneropong lagu mana comelnye hasil tepek menepek kengkawan i ni..hah! nak oder pun boleh, sila2. penuhkan kediaman mu dengan hasil kesenian tepekan kawan i..nengok yea depa2 nie.................

1. http://razna-creation.blogspot.com/ - Nie tokey barang.nak oder..sila lah!
2. http://idacottage.blogspot.com/ - Nie macam2 adaaa..ayam, itik..segalalah!
3. http://masdecoupage.blogspot.com/ - Umah ni pung..mak uih..meleleh ayaq liur nengok..
4. http://www.rainhousecottage.blogspot.com/ - Umah ni memang kena g terjah!
5. http://alamdamaijulia.blogspot.com/ - Nak tau ada apa..klik lee.....
6. http://englishrosegarden.blogspot.com/ - Umah nie..segala mak nenek boleh dilayan....zasss
7. http://rosesenglish.blogspot.com/ - Nie..mcm barang comel boleh oder...
8. http://yonshomedecor.blogspot.com/ - Sapa tuu..masuk lah umah x kunci..kata tuan umah!
9. http://beautifulpottery.blogspot.com/ - Nie..bazar untuk jadi mcm orang kaya..oder la!
10. http://eskaygalleria.blogspot.com/ - Shabby theme..silakan!
11. http://soshabby.blogspot.com/ - beli!beli!beli!...
12. http://syahidasrosecottage.blogspot.com/ - Nie pung comel jugak!
13. http://mrsnorhobi.blogspot.com/ - Umah nie ada segala kelengkapan raya!
14. http://englishdecor.blogspot.com/ - Jual kain, pokok n mcm2...
15. http://yangdahlia.blogspot.com/ - Jomlah membeli!

Rerakan yang lain akan dipromote kendian!Adios!

Friday, August 21, 2009

Peah..oooo...Peah

Alamak! tanpa ku sedari (ayat jiwang dolu2), aku ni dah ter'miss' (sebenaqnye x tau pun) besday anak buah-buahan ku yang ke'satu' tahun.
Ni pun tau dari omaknye yang bagi 'hint' sinis me dengan meng'email'kan i gambo2 cik peah yang tengah mengadap keknye itu. Apa la punye makcik ni...sibuk la wei...la ni dah tumbuh satu lagi new hobby in my list................Decoupage..........la pulak.
Hobby hari tu pun belum langsai lagi...nak jadi photographer a.k.a mammarazi masih terkunting-kunting..Hari ini dengan bangganya telah ku tambah lagi satu tabung (sampul kaler itam) beli barangan decoupage. Walaupun kulit ku sweet2 brown..tapi i like english..coz i ni keturunan latino la katakan..adui..beyonce, jessica alba, alicia key, rihanna tu dolu2 kawan sesungai i la.

Pape pun..buat anak buah-buahan ku, Peah...hepy besday...Nanti bila dah beso..ikutlah jejak langkah your aunty nie, yang penuh semak dengan segala hobby.

Kalau Peah 1 year, that mean, Apiq pulak masuk 2 years. Ahak...ahak...ahak...ter'forgot' la lagi. Nanti la wahai anak buah-buahan ku..raya sok Ummi bagi duit raya ek. 2 pun kalau Menteri Kewangan kata ada sumbangan hari raya. Kalau x...siling ok kan...awak tu kanak2 bawah umur, x elok pegang duit banyak.

Happy Birthday Safia Hana Fariha Dan Muhammad Syafiq Syahmi...
Adios...

Wednesday, August 19, 2009

Salam Ramadhan...


Sunday, August 9, 2009

Mungkin Kini Akan Bermula Diary ini..

Dah hampir 5 bulan ku bina, ku tepek, ku tenyek belog ku ini dengan nawaitu tuk berkongsi segala pengalaman yang ku ada tentang kesakitan. tup-tup...cerita tu belum pun keluar lagi tapi yang ku post kat cni macam2 perkara merepek.

Kalau dulu..ku begitu tertutup dari memperkatakan tentang kesakitan kerana pada firasat ku..biarlah sakit itu ditanggung hanya oleh mereka yang merasanya sahaja. tetapi kini, setelah berjaya mengatasi segalanya dan setelah Allah memberikan segala kekuatan untuk ku hidup semula..seharusnya ku berkongsi segala pengalaman yang ada.

Mudah-mudahan mereka yang terbaca artikel ini merasa bahawa segala kejadian yang dianugerah oleh yang maha esa itu banyak hikmahnya. jangan kita menyesali diri dan membandingkan dengan sesiapa pun..kenapa hanya aku yang kau berikan musibah? No..segala yang Allah beri itu bukan musibah tetapi rezeki dan pengalaman yang terlalu mahal dan ada sebabnya Dia anugerahkan kita sesuatu yang Dia tidak anugerahkan kepada orang lain.

Apa yang penting...seharusnya kita berfikiran positive dalam segala perkara. Jangan sesekali menyesali dan meratapi nasib diri kerana itu akan merosakkan lagi masa depan diri dan keluarga. Ingatlah, bukan kita yang menderita sekiranya kita hanya duduk menangisi diri malah..mereka di sekeliling juga merana kerana kemurungan kita. berubahlah..jadi seorang yang ceria walau kita tahu kita dalam kesakitan.

My Spondy Diary.....
18 August 2006
Hari ini hari terakhir persekolahan sebelum cuti bermula esok selama seminggu. Yes, esok dapat le pegi kl...nak beli perfume.eeeee...bestnye.my huby pun dah bagi green light.balik rumah dengan sengeh melebar.
Malam...tido la apa lagi...
jam 3.00 am, aku menjerit kerana kesakitan yang melampau pada peha dan betis ku. Very sharpness, thightness & painfull. Macam nak terkencing sakitnya.
19 August 2006
today, no jalan2.u just rest in bed. hah!...apa la..itu la order my huby. esok kan nak balik kampung..ala, sediy la pulak. x dapat g kl. nak g lagu mana, nak berjalan pun x boleh.sehari im rest in bed.
malamnya..ok la sikit. dah hilang sakit.ala, ni gara2 keje lebih la ni. hari2 angkat buku kat library 2.x dak apa la. but..im look at my huby face yang sedikit risau..nothing la bang. im ok!
20 August 2006
a long journey 2 my hometown..kelantan. rasa la sakit sikit2 tu.emmm...nothing la. beberapa hari di kampung. balik ke umah coz monday dah sekolah.
28 August 2006
as usual..rempit n drift la ke sekolah.apa kelas bawa kete slow2 ni.penat la. Awal jugak sampai kat sekolah..parked my car kat tempat biasa.
sebaik nak keluar dari car, again...my leg very sharp pain n i can't stand. but slowly i ke ofis tanda kedatangan. Alamak..ada assembly la pulak.
im try 2 standing but..x boleh.masa lagu rasmi,dengan muka selamba, ku dodok atas kerusi. member tanya..pasal apa..entah..stress kot?banyak berjalan.
siangnya, ku mintak my fren azian antar i ke klinik dekat sekolah. i told 2 doc yang my simptom bla..bla..bla..n doc said, i x berani nak usik u..so i just bagi u ubat tahan sakit. tu je...
apa lagi, ku telan la n ku tenyeh ubat sapu. x dak apa kesan pun. kurang la sikit.
petang..3.30pm kot..ku pulang ke umah.rehat. esoknya...ku ke sekolah macam biasa.
sampai lah pada tarikh 29 August 2006...aku ke klinik dr kumar. dia diagnosed me..u ni ada simptom yang berkaitan dengan back bone. i think its better 4 u pegi ke hospital..c the doc pakar. oh! ya ka..nanti i pegi la.
01 september 2006..
be continue...

FiRe!FiRe!FiRe!!!!

5.00 pm 2day. me n my huby pegi ke seremban. mana la lagi nak melahu kat sini kalau x ke seremban. ala...banyak le kedai totop. so..balik la.mood nak cuci mata pun dah x wujud.

balik kami ikut jalan seremban-tampin. n setiba di kawasan bukit emas (dekat2 dengan jpj seremban), i nampak asap..kedai terbakar kot.x la...kereta terbakar tuuu...

sebaik lampu isyarat ijau, kami melepasi kawasan berasap tu...sebuah kedai sedang terbakar..
bang..jom kita berenti jap.

i keluar dari car n apa lagi, dengan camera sentiasa di dalam beg, dikumpulkan segala senario kebakaran tersebut. sesekali meremang bulu roma sebab, ya allah, ini sebahagian kecil gambaran neraka mu. betapa maraknya api neraka mu ya allah berbekalkan manusia2 yang ingkar didalamnya. kalau ini diri ku terasa kerdil, apatah lagi bila kau tunjukkan hakikat sebenarnya neraka mu ya allah.

inilah kejadian pada jam 6.30pm 09 august 2009:

PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Friday, July 31, 2009

Bukan Tiada Idea

Almost 2 weeks la jugak x membelek belog ni. Bukan tiada idea but have not enough time 2 me. besy la tu....Memang besy. Banyak keje yang nak dibereskan. becauz of this....


More Story Mory..

Friday, July 17, 2009

2Day..Bom!



Petang ni..with my fren Zura..kami ke Seremban 2 dengan nawaitu..ke casamoda n Jusco.
membelek2 kain di casamoda...macam nak borong dengan kedai...at last,keluar dengan muka kelat. ye la kan..belum gaji..cuci mata je le.he...he....he....
destinasi kedua, Jusco nak ambik tiket Harry la apa lagi. Ingat malam ni nak nengok movie. Dengan yakin my fren piuh kete ke haluan jusco...alamak...awat dia totop gate ni..
Eh..eh..eh..awat ramai orang turun ke bawah ikut jalan paking dari first floor....ooooo...ada latihan kebakaran kot...x kan la.kesian orang ramai kan.
Jom kita pusing,kita enter ikut front gate...kami pusing ke front gate..aik..totop jugak..
La kenapa ek..ramainye orang kat tepi2 jalan ni. bukak tingkap..siren kuat..ada apa yea..ooo...kebakaran kot...oooo...rompakan kot...oooo emergency case kot...ooooo....
teruskan perjalanan...tup-tup sampai terminal 1...kenapa yea???kenapa ek???kenapa???macam2 jawapan kami reka..tergantung..
cuci mata lagi kat Nagoya..wah..kata zura.kain ni mcm kain tadi tapi muuurahnye...uncle tadi kami pegi kedai sana mahal rega dia maa...ooooo...lu pegi itu casamoda...yala..
Tadi ada bom sana Jusco...kami berpandangan...ooooo...patut la kita tengok ramai orang kat jalan. yla..ada olang kata ada bom itu dalam jusco...tapi tipu juga...mana uncle tau...saya punya kawan bagitau maa...yla kot....
so..till now i don't know what is the real story about this evening
moral of the story mory ni...awat la kat negara kita pun dah jadi lagu ni...tadi siang kat jw marriot...ni kat jusco s2 pun ada jugak...

Friday, July 10, 2009

M.y. S.T.U.D.E.N...u know who re u????

Al-kisah
i want 2 introduce all my 40's studen...
1.Qaiyum...
Ini mamat look like skema.control macho.rambut...berjambul tinggi.dalam kelas...kaki merapu n banyaaaaaaak cakap bersama sedara2nya.
2.Afi....
Dengan songkoknye 2...sopan je songkoknye.orangnye..berangin ni..silap sikit je melenting macam jejentik..tapi...rajin kat library.
3.Ain E...
Anak my neighbour...sopan.bila di luar sekolah,fesyen dia..fuyooh..sentiasa up 2 date.pegi kedai maniam pun berfesen.rajin dan feminin sangat.bila ber'myspace'..ayat2 dia.biasa le orang mude..
4.Amira H...
Kecik je..taik lalat lebih beso dari tuannye.Juara bercakap 2.bila pose...atas meja sanggup dia panjat.belajo?rajin...
5.Amir...
Jejaka ensem yang paling pendiam.tapi..bila ditanya,menjawab dengan selamba dan tanpa perasaang.terfikir la jugak...lagu mana nak memikat mamat ni?
6.Eddy...
Tengok muka kekadang...funny face.tapi kekadang geram je.bila kita start ceramah,dia pun buka kelab chatting ngan kengkawang nye..kena pindah..baru le muka seposen...
7.Hamidah...
Member ni kenkawan panggil kembar cikgu sharayah.bila ditenung2..memang byk sama dari beza.study..rajin.makan...rajin jugak kot????
8.Jeevan...
Jejaka ensem ala2 hero industan ni.Agak pendiam..bla bercakap sopan je.kadang2 boleh dengar,kadang2 iakan je..sebab x dengor...apa yang penting bila i nak balik dia selalu cakap 'bye teacher'...
9.A-fiz...
ketua darjah...tapi x serupa ketua.pakar buat bising dan apa yang pasti,tokey gossip ni.asyik ukur ketinggian dengan i sebab dia nak lebih tinggi dari i.
10.Ani...
Gadis pinggitan di pinggir bandar ni.Apa xnye, setiap kali ada kelas petang..dia mesti pakai baju kurung..sopan gitu.mana ada budak bando yang setia ngan baju kurung weiii...rajin sangat tolong i...senang mak mentua esok yea...
11.E-kin...
Gadis dari pahang ni baru di sini.mula2 datang dulu..senyap je.tapi la ni..loyar buruk pun ada gak.bila mintak tolong..ni la geng yang paling cepat...hilang!penat kot sebab mengutamakan menu..pagi,tengah hari, malam...
12.Kay...
Ni..bila nengok myspace profil...vogue habih la..mcm2 pose dia uploadkan..tapi..study..x penah jatuh.pandai bagi masa...
13.Lashinna...
Cute..macam bebear...selalu berkurung..ayu...bm dia ngalahkan malay studen...
14.Amirul...
Paling kecik jejaka ni.pendiam?yeke..kekadang je kot..banyak reason bila ditanya..jejaka pingitan kata bapanye...
15.Shaffar...
Tak kecik...tak tinggi..Asal x dak cikgu..dia pusing keliling or dok sembang dengan kembar..kembar 2 dia dah book....
16.Napi...
Memang x tertanding dek kenkawan jejaka ni.bila pegi sekolah,beg dia paling ringan 10 kg.kelas petang pun dia bawak buku dalam 10 kg.x penah dapat nombor bawah 1.
17.Iwan...
kata kenkawang...dia ni paling memerlukan kemasukan cahaya bila duduk dalam bilik.untuk apa..menampakkan bahawa dia ada di situ..kata kenkawang...pakar pot....pet...pot...pet....
18.Cpul...
Sedara dan serumpun dengan iwan,shaffar,napi..first dulu dia la ketua dajah,tapi jumpa i teketaq2..x nak jadi ketua..alasan..nak belajar.memang dia belajar sambil bercakap banyak...
19.Zaffril...
Jejaka ni...kalau dia duduk di mana2 pun..bila anda lihat dia tunduk ke bumi 2..dekatilah pelan2,tengok apa dia buat..tengah lukis manga.adalah kot 15 buku latihan dia dah kerjakan tuk lukis manga ni..tajuk...macam2...
20.Syabil...
Sepatutnya jadi pakar debat sekolah.atau apa2 je yang berkaitan dengan penggunaan mulut.dia memang suka mengexercise mulutnya...
21.Akma...
Gadis ni...bila bercakap walau dengan jarak 1cm...volume sora dia...eeeee....pecah gegendang telinga.Agaknya la sebab dia duduk di kg bahagia..sebab 2 dia x berapa pandai control volume...
22.Azilah...
Anak gadis bergigi besi ni...comel.minat novel omputeh.suka jalan2 sampai x g sekolah sebab g giant...
23.Ahlina...
Gadis bijak...tapi bila face 2 face dengan cikgu..mula la teketaq2.Kena belajar how 2 prove self confidence in public...
24.Aliah...
Cute...sekiut teddy bear.makin hari makin banyak pimples kat muka...berangan la 2...suka nonlong cikgu...
25. Aqila...
Banyak bagi hadiah 2 me...terharu la pulak.suara lembut je...rajin pegi tusen sana sini....
26.Zafirah...
Kecik...antara terkatik dalam kelas..belajar rajin tapi bila disuruh buat keje...sepantas kilat..lesap...
27.Tehah...
Gadis idaman jejaka...lawa dan sopan..x banyak kerenah..antara yang suka berpesen...
28.Fiqah...
X boleh nak komen sebab x berapa cam...kembo 4 katakan...sama je semuanya....
29.Wana...
Pun x boleh komen, x tau yang mana satu ni...pening kepala i dibuatnya...
30.Izat...
Penolong kelas ni...x banyak masalah tapi hanya 1 je masalah besor...bila nak capai ketinggian 5 kaki...bijak dan rajin sangat study...
31.Puvanesan...
Jejaka yang pendiam...x banyak cakap.sesekali je bersuara.2 pun...kena korek telinga ni sebab pelan sangat.
32.Nadhirah R...
Gadis gigi besi lagi...ni paling lama bergigi besi...berspek mata.tapi skinny gurl.x makan kot...suka baca nobel omputeh...
33.Rosdatul...
Pengawas tu...tapi spek dia pun kena curi.nasik lemak yang dia beli pun kena makan dek orang.kecian dia...rajin belajar...
34.Rosfarinna...
Tinggi...soara dia,kadang2 tinggi kadang2 rendah.hobi dia...minah ni agak sensitif le...apa lagi..wa..wa..wa..
35.Sitee...
Paling menonjol is spek matanye...waktu belajo..jangan lupa nengok2 dia ni..suka lolap...malam study lebih kot?...
36.Najwa...
Bercakap agak slang sikit.kejap nak g paris,kejap US...nak jadi model kot ni?selalu hilang..senang je nak cari kat kelas sebelah...apa dia buat hah?biasala...orang muda...
37.Jiha...
Kecik jugak orangnye.x banyak cakap.study...rajin...keje....lesap.
38.Thaanushah...
Cakap omputeh berabuk...sampai basah muka...anak mak nie...
39.Vishnu...
Ni pun jejaka industan yang kurang menggunakan mulut.so,x payah la i nak belaja bahasa asing untuk faham apa dia cakap...
40.Haziq...
Pakar PS2...pakar makan2.nengok tang perut...tolak kayu dan batu je mamat ni...

Inilah my studen yang amat2 i sayang.walau banyak kerenah tapi u all tetap menghiburkan.mudah2an senang perjalanan hidup kalian.jangan lupa berdoa dan ingat Tuhan.
ADIOS...

M.Y. S.T.U.D.E.N..oh! dear..i lov u 2...

PhotobucketPhotobucketPhotobucket
PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket
2day..Friday.


macam biasa le, masuk kelas kesayangan..3a. When im looked at nafi's face...kecian ada,kelakar pun ada. Dia merayu2 tuk i adakan kelas extra ptng nanti. Sejak balik dari cuti mid sem ari 2, belum start lagi xtra clas ni. Las week my reason is im not feeling well but 2day..x dak apa reason la.


Diiringi hujan yang turun...jeng..jeng..jeng.. i pegi sekolah petang ni tuk menunaikan impian studen yang nak trial lagi 2 week. Sampai kat sekolah,depa dok melahu kat pintu surau.kesiannye.


Ada la dalam 10 orang, 2 dari dulu lagi.Ni je la muka yang datang kelas yang depa sendiri request. But 2 me, kuantiti x penting.apa yang penting...kerajinan.


Buat semua studen...belajar dengan tekun...u all boleh dapat yang terbaik.