Kadang2 tidak tercapai dek akal.Tak tergapai dek tangan dan tak terpandang dek mata betapa hebatnya kekuasaan Allah.
Seharusnya kita merenung seketika, segala perjalanan seorang manusia itu telah diatur dengan sempurna olehNya. Oleh itu,jangan sesekali merungut dan menyesali apa yang menimpa diri kerana segalanya mengandungi hikmah.
Bila dilihat pada rentetan kehidupannya, manakan mungkin dia akan kembali kepadaNya sebagai seorang muslim. Hidup dengan segalanya berasaskan dan bertunjangkan agama kristian, beliau menjadi seorang manusia yang begitu gah di mata dunia dalam dunia seni.
Sementelah lagi ditambah dengan kekayaan harta yang melimpah ruah dan sesekali kedengaran suara sumbang tentang kesongsangan hidupnya.malahan untuk kita bermimpi beliau akan menjadi seorang muslim adalah mustahil. Sekadar seorang ahli keluarga yang memilih Islam...huh!jauh panggang dari api jawabnya.
Namun...Allah itu berkuasa ke atas segala kejadian dan perjalanan makhluknya..maka pada suatu hari yang indah setelah dilanda dengan pelbagai kontroversi, beliau menukar kehidupan menjadi seorang Islam. Walaupun begitu, masih menjadi persoalan apakah benar beliau muslim? Atau hanya sekadar mahu melariskan jualan album?
Al-Fatihah buat Mikhael @ Michael
(1) Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. (2) Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam, (3) Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, (4) Yang menguasai hari pembalasan. (5) Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan (6) Tunjukilah kami jalan yang lurus, (7) (yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.
0 comments:
Post a Comment