Thursday, August 27, 2009

My Spondy Diary...part 2


Lama nak mengetuk keyboard laptop ni.Bukan apa bila ku onkan je..ku main game..Lepas 2..penat la. But i kena habiskan jugak diary nie..Bukannye best pun..tapi penuh seribu makna dan cerita buat sesiapa yang senasib..chewah...jiwang karat gue!


01 September 2006

Akur dengan Kesakitan..pagi2 lagi muka ku dah menepek di klinik kesihatan Rasah. Waaah...ramainya orang..bila aku nak balik nie..senja la kot. Segalanya huby ku yang uruskan. Kalau dah sakit duduk la atas wheel chair..Hah!!!!oh no..no..no..i ok..looked still boleh berjalan what!
Dalam jam 11 pagi..baru la giliran ku mengadap doktor..seorang perempuan (x perlu ku mentioned abot race n name). Apa sakit? Macam mana boleh sakit? Ada jatuh ke lately ni? Tunjuk kat mana sakit? ok..X-Ray dulu ye..
Pegilah daku meng'X-Ray'kan diri ini...ish..orang nak x-ray x dak..depa kata budak ni baru posting ari ni..ah! pedulik apa den..

So..masuk semula ke bilik nan besy 2..macam tempat jual2...Doc pun nengok my x-ray...Why this x-ray is blurrrr...La mana la ku tau..Ni diagnosed that doc...ok..i dah tengok u py x-ray tu. Dia blur sikit..so..u punya tulang ok..normal..x da apa yang rosak..so i suggest u ke fisioterapi nx monday..ok..i give u mc 2day n tomorow..tomorow no need, i x keje..(i mencelah) ok..2day only lah..so..u balik take a rest yea..
Balik la apa lagi..Sakit dah melampau ni...mcm2 rasa nak terkencing pun ada...nak ter**** pun ada. Makin lama makin sakit.

Dalam car...my huby nagged at me..mana boleh tulang u normal..mesti ada something yang tak kena dengan your BB. Mana la makcik tau..Mkcik nie ckgu..bukan doc..awat la abang x dok kat kusi doc 2 tadi n diagnosed me?

Sampai umah..kami yang buta x-ray ni pun membukak x-ray tadi dengan terujanya. hah! tengok ni..kat bawah ni..tulang u renggang sikit..Mana? x nampak pun..Nie...sampai sudah i x reti baca x-ray..
04 September 2006

Dah kata normal..pegi sekolah la..sendiri drebar coz my huby kejenya nak anto my son..Petangnya ke klinik Rasah jumpa therapist..Dia nengok my x-ray..dia suruh i bukak baju (dia 2 pompuan) n check my BB..Apa doc cakap? ...i x sakt apa2..tulang belakang i normal..Sebenernya tulang belakang u nie bengkok sikit. Mayb sejak dari kecik..tapi i x berapa normal..la pulak...Ok la kita guna conservative treatment la yea..try first..Ok..
Coz most of the people wity spondy will find improvement in their back pain with conservative care 2 removing stress and pain from the spine. masanya dalam 30 minutes..Sempat la jugak tido..

11 September 2006


Lagi muka ku tertonggok kat klinik fisio..hah ari ni therapist 2 bagi satu treatment baru..trunk & abdominal strengthening..ok..x sakit pun...so..balik le ..dengan tiada apa2 kesan..Sakit makin teruk..bejalan agak laju sikit dari siput sedut.

12 September 2009

Hari ni kelas ku ada 2 je. So..dapat lah ku baring (i ni bekas penyelaras pss). Adussss...awat la teramat la sakitnya kaki ku, punggung ku. Baring pun masih sakit..Ya Allah...ku habiskan 1 kelas..ada lagi 1 kelas..Dalam pada itu..i dah mula menggigil..sebijik macam mat gian..berpeluh2 dan sejuk..Perut teramat lah bisanya..(bila kita terlampau sakit..perut akan memulas mcm kena cirit birit) Ini tahap kesakitan yang mlampau yea! Nak balik? Mcm mana..sapa nak antar..nak drive pon x boleh..

So..bertahan sampai jam 3 petang dengan satu azab sakit yang sukar untuk digambarkan.. Aku memandu dan apa lagi terus ke tempat keje huby..bang jom la g spital..dah sakit sangat ni..Dia begitu terkejut..mau x nya..bininya x penah nangis..hari ni mengongoi-ngongoi mcm budak..Esok la..ni dah petang spital dah tutup.

Balik..rest in bed.

13 September 2006

Pagi ni..muka ku jugak tertonggok di klinik rasah. Bawak sama x-ray. Tunggu punya tunggu..jumpa sorang doc..perempuan jugak. Soalan mcm biasa la yang ditanya.ku pun jawab la mcm biasa jugak. Dia membukak x-ray..eh...ini mcm ada something wrong je kat your BB. Ni mcm slipped disc..Ala..pulak..Ok..i buat surat segera ke klinik pakar HTJ.


Pegi lah kami ke klinik orthopaedic..Kita kat sini kena buat appointment dulu..Kita x terima surat segera dari mana2 pihak..ok lah..temujanji first ialah sebulan lagi..jam tu jugak my huby berasap..di marahnya kerani klinik 2..orang 2 pun called la ke klinik Rasah tuk kepastian..so bermula lah episode baru di klinik otopedik HTJ...tanggal 20 September 2006...cuti sakit pun bermula..apa nak buat jadi orang kaya maaaa...tido makan..makan tido...


Adios!

Tuesday, August 25, 2009

DeCoTaGe aka DeCoUpAgE CoTtAgE

Salam ramadhan dan salam sejahtera. Inilah berita terkini di bulan posa aka cuti sekolah. Bestnya cuti sekolah ni..bangun pagi melilau cari apa yang patut dilakukan. Tak ada. Apa lagi bersama my asus la menerjah umah jejiran siber nengok apa depa buat..cooking ke di pagi hari posa r menepek-nepek ke di cuti sekolah nie.

Bila berjalan-jalan di laman kengkawan terasa keterujaan yang tahap gaban tuk melakukan sesuatu yang bermanfaat tapi..bila la langsir ku nak siap? Ku pegang ku letak..nanti la. seru belum sampai..on the way..naik tongkang.

Kepada kengkawan di laman siber yang pakar dalam memasak dan pakar dalam menepek, thanks kenkawan sebab sudi menyediakan ilmu yang terlalu mahal untuk dibeli di pasaraya. walaupun kita idak kenal tapi u all my pren.

So..buat eberybodi yang nak meneropong lagu mana comelnye hasil tepek menepek kengkawan i ni..hah! nak oder pun boleh, sila2. penuhkan kediaman mu dengan hasil kesenian tepekan kawan i..nengok yea depa2 nie.................

1. http://razna-creation.blogspot.com/ - Nie tokey barang.nak oder..sila lah!
2. http://idacottage.blogspot.com/ - Nie macam2 adaaa..ayam, itik..segalalah!
3. http://masdecoupage.blogspot.com/ - Umah ni pung..mak uih..meleleh ayaq liur nengok..
4. http://www.rainhousecottage.blogspot.com/ - Umah ni memang kena g terjah!
5. http://alamdamaijulia.blogspot.com/ - Nak tau ada apa..klik lee.....
6. http://englishrosegarden.blogspot.com/ - Umah nie..segala mak nenek boleh dilayan....zasss
7. http://rosesenglish.blogspot.com/ - Nie..mcm barang comel boleh oder...
8. http://yonshomedecor.blogspot.com/ - Sapa tuu..masuk lah umah x kunci..kata tuan umah!
9. http://beautifulpottery.blogspot.com/ - Nie..bazar untuk jadi mcm orang kaya..oder la!
10. http://eskaygalleria.blogspot.com/ - Shabby theme..silakan!
11. http://soshabby.blogspot.com/ - beli!beli!beli!...
12. http://syahidasrosecottage.blogspot.com/ - Nie pung comel jugak!
13. http://mrsnorhobi.blogspot.com/ - Umah nie ada segala kelengkapan raya!
14. http://englishdecor.blogspot.com/ - Jual kain, pokok n mcm2...
15. http://yangdahlia.blogspot.com/ - Jomlah membeli!

Rerakan yang lain akan dipromote kendian!Adios!

Friday, August 21, 2009

Peah..oooo...Peah

Alamak! tanpa ku sedari (ayat jiwang dolu2), aku ni dah ter'miss' (sebenaqnye x tau pun) besday anak buah-buahan ku yang ke'satu' tahun.
Ni pun tau dari omaknye yang bagi 'hint' sinis me dengan meng'email'kan i gambo2 cik peah yang tengah mengadap keknye itu. Apa la punye makcik ni...sibuk la wei...la ni dah tumbuh satu lagi new hobby in my list................Decoupage..........la pulak.
Hobby hari tu pun belum langsai lagi...nak jadi photographer a.k.a mammarazi masih terkunting-kunting..Hari ini dengan bangganya telah ku tambah lagi satu tabung (sampul kaler itam) beli barangan decoupage. Walaupun kulit ku sweet2 brown..tapi i like english..coz i ni keturunan latino la katakan..adui..beyonce, jessica alba, alicia key, rihanna tu dolu2 kawan sesungai i la.

Pape pun..buat anak buah-buahan ku, Peah...hepy besday...Nanti bila dah beso..ikutlah jejak langkah your aunty nie, yang penuh semak dengan segala hobby.

Kalau Peah 1 year, that mean, Apiq pulak masuk 2 years. Ahak...ahak...ahak...ter'forgot' la lagi. Nanti la wahai anak buah-buahan ku..raya sok Ummi bagi duit raya ek. 2 pun kalau Menteri Kewangan kata ada sumbangan hari raya. Kalau x...siling ok kan...awak tu kanak2 bawah umur, x elok pegang duit banyak.

Happy Birthday Safia Hana Fariha Dan Muhammad Syafiq Syahmi...
Adios...

Wednesday, August 19, 2009

Salam Ramadhan...


Sunday, August 9, 2009

Mungkin Kini Akan Bermula Diary ini..

Dah hampir 5 bulan ku bina, ku tepek, ku tenyek belog ku ini dengan nawaitu tuk berkongsi segala pengalaman yang ku ada tentang kesakitan. tup-tup...cerita tu belum pun keluar lagi tapi yang ku post kat cni macam2 perkara merepek.

Kalau dulu..ku begitu tertutup dari memperkatakan tentang kesakitan kerana pada firasat ku..biarlah sakit itu ditanggung hanya oleh mereka yang merasanya sahaja. tetapi kini, setelah berjaya mengatasi segalanya dan setelah Allah memberikan segala kekuatan untuk ku hidup semula..seharusnya ku berkongsi segala pengalaman yang ada.

Mudah-mudahan mereka yang terbaca artikel ini merasa bahawa segala kejadian yang dianugerah oleh yang maha esa itu banyak hikmahnya. jangan kita menyesali diri dan membandingkan dengan sesiapa pun..kenapa hanya aku yang kau berikan musibah? No..segala yang Allah beri itu bukan musibah tetapi rezeki dan pengalaman yang terlalu mahal dan ada sebabnya Dia anugerahkan kita sesuatu yang Dia tidak anugerahkan kepada orang lain.

Apa yang penting...seharusnya kita berfikiran positive dalam segala perkara. Jangan sesekali menyesali dan meratapi nasib diri kerana itu akan merosakkan lagi masa depan diri dan keluarga. Ingatlah, bukan kita yang menderita sekiranya kita hanya duduk menangisi diri malah..mereka di sekeliling juga merana kerana kemurungan kita. berubahlah..jadi seorang yang ceria walau kita tahu kita dalam kesakitan.

My Spondy Diary.....
18 August 2006
Hari ini hari terakhir persekolahan sebelum cuti bermula esok selama seminggu. Yes, esok dapat le pegi kl...nak beli perfume.eeeee...bestnye.my huby pun dah bagi green light.balik rumah dengan sengeh melebar.
Malam...tido la apa lagi...
jam 3.00 am, aku menjerit kerana kesakitan yang melampau pada peha dan betis ku. Very sharpness, thightness & painfull. Macam nak terkencing sakitnya.
19 August 2006
today, no jalan2.u just rest in bed. hah!...apa la..itu la order my huby. esok kan nak balik kampung..ala, sediy la pulak. x dapat g kl. nak g lagu mana, nak berjalan pun x boleh.sehari im rest in bed.
malamnya..ok la sikit. dah hilang sakit.ala, ni gara2 keje lebih la ni. hari2 angkat buku kat library 2.x dak apa la. but..im look at my huby face yang sedikit risau..nothing la bang. im ok!
20 August 2006
a long journey 2 my hometown..kelantan. rasa la sakit sikit2 tu.emmm...nothing la. beberapa hari di kampung. balik ke umah coz monday dah sekolah.
28 August 2006
as usual..rempit n drift la ke sekolah.apa kelas bawa kete slow2 ni.penat la. Awal jugak sampai kat sekolah..parked my car kat tempat biasa.
sebaik nak keluar dari car, again...my leg very sharp pain n i can't stand. but slowly i ke ofis tanda kedatangan. Alamak..ada assembly la pulak.
im try 2 standing but..x boleh.masa lagu rasmi,dengan muka selamba, ku dodok atas kerusi. member tanya..pasal apa..entah..stress kot?banyak berjalan.
siangnya, ku mintak my fren azian antar i ke klinik dekat sekolah. i told 2 doc yang my simptom bla..bla..bla..n doc said, i x berani nak usik u..so i just bagi u ubat tahan sakit. tu je...
apa lagi, ku telan la n ku tenyeh ubat sapu. x dak apa kesan pun. kurang la sikit.
petang..3.30pm kot..ku pulang ke umah.rehat. esoknya...ku ke sekolah macam biasa.
sampai lah pada tarikh 29 August 2006...aku ke klinik dr kumar. dia diagnosed me..u ni ada simptom yang berkaitan dengan back bone. i think its better 4 u pegi ke hospital..c the doc pakar. oh! ya ka..nanti i pegi la.
01 september 2006..
be continue...

FiRe!FiRe!FiRe!!!!

5.00 pm 2day. me n my huby pegi ke seremban. mana la lagi nak melahu kat sini kalau x ke seremban. ala...banyak le kedai totop. so..balik la.mood nak cuci mata pun dah x wujud.

balik kami ikut jalan seremban-tampin. n setiba di kawasan bukit emas (dekat2 dengan jpj seremban), i nampak asap..kedai terbakar kot.x la...kereta terbakar tuuu...

sebaik lampu isyarat ijau, kami melepasi kawasan berasap tu...sebuah kedai sedang terbakar..
bang..jom kita berenti jap.

i keluar dari car n apa lagi, dengan camera sentiasa di dalam beg, dikumpulkan segala senario kebakaran tersebut. sesekali meremang bulu roma sebab, ya allah, ini sebahagian kecil gambaran neraka mu. betapa maraknya api neraka mu ya allah berbekalkan manusia2 yang ingkar didalamnya. kalau ini diri ku terasa kerdil, apatah lagi bila kau tunjukkan hakikat sebenarnya neraka mu ya allah.

inilah kejadian pada jam 6.30pm 09 august 2009:

PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket